Monday, 26 December 2011

Lepaskanmu Kerana Terpaksa



Tak Dapatku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya

Tergamak engkau meninggalkan diriku
Di saat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai

Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan

Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan, oh pilunya

Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan agarku berlalu pergi
Untuk si dia pilihan hatimu..

Dengan relaku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia


P/S : Kalu la aku hok dduk kat tmpat penulis ni...perit weh...tak snggup aku...
sdeh jgop bla kita mnghayati molep nukilan itu....hmmmm


No comments:

Post a Comment